Monday, 20 March 2017

BEZA URUTAN BIASA DAN URUTAN URAT SARAF

Assalamualaikum,  awak semua sihat ke?

Harini saya nak terang kan perbezaan  urutan, urutan ni ada byk style sbnrnya ada thai massage,  ada ayurveda,  ada siatsui massage,  relaxing massage,  dn banyak lagi lah,  tapi harini saya nak terang kan beza urutan spa semua tu dgn urutan urat saraf.

Ok,  urutan biasa boleh diukur dengan masa,  boleh pilih nak 1 jam atau pilih 2 jam,  tapi cara urutan dengan  memberi urutan yg lembut pada badan,  tanpa beri penekan pada saraf, dan teknik urutan  sama pada semua tempat,  dan berulang hingga  ke 2 jam,  urutan  biasa juga hanya tertumpu  pada bahagian  depan dan belakang badan.

Manakala rawatan  dari kami perlukan masa 1jam 30 ke 2jam semasa  memberikan rawatan urutan  saraf,  kerana kami beri tumpuan  pada bhgian depan belakang  dan bahagian  sisi  tubuh badan, dan bergantung  pada masalah yg di hadapi pesakit, . .
Semasa proses rawatan dilakukan kami beri penekanan dan urutan lembut pada  saraf bergantung pada masalah, selain itu kami juga mengunakan teknik manipulasi  pada otot  dan saraf bagi melembutkan ketegangan  pada urat.

Sebagai  contoh,  seorang pesakit yang ada masalah  spine S1 dan S2,  kami lebih  fokus kan pada bahagian kaki iaitu betis,  peha,  lutut dan tulang punggung,  sebab mereka  yang mengalami  masalah S1 dan S2 akan meresa kebas pada bahagian  kaki yang terlibat,  ada kala sering cramp tidak kira waktu,  dan "tak rasa"  kaki mereka.


Selain  urutan,  pesakit ini saya lebih syor kan penggunaan Essential Oils tertentu yang mana mampu merawat  saraf yang hampir mati itu tadi.  Kerana essential  lebih mudah untuk menyerap jauh ke lapisan kulit kita 😊😊

Dan lagi mengapa urutan kami perlu ambil posisi mengiring? mari saya terangkan , ada satu urat saraf bahagian tepi peha akan rasa sangat sakit sakit bila diurut, lagi2 jika awak memang dah lama xpergi berurut, part tu pastu sakit, kalau x percaya cuba awak gosok peha bahagian tepi awak? sakit x?

ok kalau sakit, urat ni harus di urut dengan posisi awak baring mengiring, dan urat utama nya ada bawah ketiak, jauh bukan? jadi kami akan buat teknik regangan pada tangan, di bawah ketiak
dan point tu akan melembutkan urat pada peha awak yg sakit tadi , menarik bukan?

Beza terapi yang mahir dan tidak mahir,  seperti  pistol  yang ada peluru dan tiada peluru.  Pemiliknya pula ada skill sebagai  penembak  tepat.

Praktis make perfact 😊😄

#urutansaraf #massage #uruturat #puchong #selangor  #shahalam #kl #sayajual #lofafatah #mandibunga  #bekamwanita #bekam

1 comment:

  1. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba hutan yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete